Single title

Politik Perlembagaan

Suatu Perbincangan Tentang Isu-isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-undang

Sebahagian besar daripada esei-esei yang termuat di dalam buku ini pernah disiakan dalam mingguan politi popular, Ekslusif, yang pendekatan kritisnya menyebabkan hayatnya ditamatkan oleh pihak kerajaan. Sebahagian lagi pernah tersiar dalam Harakah, Tamadun, detik dan beberapa penerbitan politik popular lainnya. Pendekatan yang diambil oleh buku ini dalam perbahasannya mengenai perlembagaan dan undang-undang merupakan yang pertama di Malaysia. Setakat ini belum ada penerbitan - baik popular mahupun akademik - yang membincangkan perlembagaan dan undang-undang di dalam konteks politik. Pendekatan unik ini memungkinkan perbincagan tentang undang-undang, yang lazimnya menjemukan dan berbentuk ternikal, menjadi hidup dan menarik. Bagi golongan yang berpendidikan undang-undang, pendekatan itu akan membuka mata mereka; mendedahkan kemampuan dan kelemahan undang-undang dalam menangani pemasalahan semasa. Bagi yang tidak memiliki latar belakang undang-undang pula, buku ini menjelaskan kepada mereka kenyataan dan misteri yang menyelubungi kerangka perlembagaan dan perundangan negara. Keunikan buku ini menyebabkannya sesuai untuk semua golongan - ahli politik, pengamat perkembangan semasa, pengamal dan pelajar undang-undang serta siapa sahaja yang ingin memahami hubung-kait di antara undang-undang dan politik tanahair.

Untuk maklumat lanjut mengenai buku ini, sila hubungi:

Institut Kajian Dasar (IKD)

48-2 Jalan Telawi

Bangsar Baru

59100 Kuala Lumpur

Tel +603 2283 2788

Fax +603 2283 2615